TANYA KENAPA :

Saya tahu, diluar sana pasti masih banyak orang-orang yang mungkin saja sedang menghadapi kemelut jiwa dan batin yang sama persis seperti yg pernah saya alami dulu dalam mencari kebenaran sejati.....so, harapan saya, mudah-mudahan teman-teman dapat terpuaskan melalui Blog ini, karena saya tau semua yang ada disini pasti akan menjawab semua pertanyaan dan dilema hati kamu..

STOP SEARCHING, karena..semua-semuanya sudah di rangkum komplit disini...

Dan Percayalah...bahwa hanya TUHAN JESUS lah satu-satunya jalan kebenaran dan jalan yang lurus

Wednesday, November 7, 2007

MENGAPAKAH AL-KITAB DAN AL-QUR'AN TIDAK SALING BERSETUJU?

Meskipun terdapat persamaan yang berpunca daripada subjek perbincangan yang sama, sejarah dan watak-watak, Al-Kitab dan Al-Qu'ran berbeza luas pada konsep-konsep iman yang asas dan amalan keagamaan.

Terdapat sekurang-kurangnya dua sebab yang mungkin:

Al-Kitab dan Al-Qur'an tidak mempunyai punca yang sama, iaitu salah satu atau kedua-duanya berasal dari perbuatan manusia ataupun kuasa luarbiasa.

Al-Kitab atau Al-Qur'an atau kedua-duanya telah menjalani penyuntingan and akibatnya mesej dan sifat aslinya telahpun hilang.

Seterusnya, salah satu daripada kedua-dua Kitab tersebut, atau kedua-keduanya, mengandungi kesalahan dan tidak boleh digelarkan 'sumber yang boleh dipercayai'. Kedua-dua orang Islam dan orang Kristian amat yakin dan pasti bahawa Kitab masing-masing berasal dari Tuhan dan boleh dipercayai. Satu (atau kedua-dua Kitab) itu mestilah palsu. Dalam kes itu, berjuta-juta penganut kedua-dua agama tersebut masing-masing menaruh harapan mereka untuk dunia akhirat pada kesilapan atau mahupun penipuan.

Wakil-wakil dari kedua-dua agama itu telahpun mula membentangkan pokok perbincangan masing-masing, tetapi oleh kerana semua telahpun berpegang dengan pendirian yang kukuh, sikap yang objektif adalah mustahil untuk dicapai. Saya, sebagai seorang Kristian, mungkin tidak begitu bersikap objektif terhadap agama Islam sebagaimana yang sepatutnya - dan begitu juga pembaca beragama Islam mungkin bersikap tidak adil terhadap Al-Kitab.

Di dalam rangka penyelidikan-penyelidikan ini, kami akan menyentuh pada hakikat-hakikat spiritual dan bersejarah sahaja yang telah diperdirikan kukuh dan tidak akan melibatkan diri dalam polemik falsafah. Kami juga tidak mahu berbalah mengenai konsep-konsep teologi , tetapi ingin membincang perkara-perkara yang boleh diselidiki and diiktirafkan oleh sesiapa di mana-manapun - andainya orang itu dapat memeriksa sumber-sumber yang diperkatakan. Untuk tujuan tersebut satu percubaan telah dijalankan untuk mendokumentasikan segala pendakwaan, penuntutan dan pernyataan, seboleh-bolehnya dengan amat teliti.

Sejak kebelakangan ini, Al-Qur'an telah menjalani proses "spiritualization". Beberapa orang Islam sebenarnya menggunakan konsep-konsep Kristian yang asing kepada Al-Qur'an dan pemikiran tradisi, dan menerangkan bahawa itu adalah sifat agama Islam. Sentimen-sentimen sebegitu sukar diterima kecuali jikalau boleh disokong oleh hasil penulisan Islam yang lama.

Oleh kerana Al-Kitab wujud sebelum Al-Qur'an, perbezaan-perbezaan antara kedua-dua Kitab itu boleh diselesaikan dengan memberikan:

Bukti yang mengesahkan bahawa Al-Qur'an adalah berdasarkan kefahaman dan pengetahuan yang lemah mahupun palsu mengenai wahyu yang lebih awal dan lebih tua.
(Tuhan tidak berubah, dan tidak akan memberi Wahyu yang bercanggah kepada Nabi-nabi yang berlainan.)

Bukti yang mengesahkan bahawa perubahan telah dijalankan dalam mesej Al-Kitab oleh orang Yahudi dan/atau orang Kristian dengan memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa perbuatan tersebut telah dilakukan.

Al-Qur'an berulang-kali menekankan bahawa Taurat dan Injil - kami mengambil ini untuk memaksudkan Perjanjian Lama dan Baru - adalah Wahyu dari Tuhan yang sama dengan Allah dari Al-Qur'an.

No comments: