TANYA KENAPA :

Saya tahu, diluar sana pasti masih banyak orang-orang yang mungkin saja sedang menghadapi kemelut jiwa dan batin yang sama persis seperti yg pernah saya alami dulu dalam mencari kebenaran sejati.....so, harapan saya, mudah-mudahan teman-teman dapat terpuaskan melalui Blog ini, karena saya tau semua yang ada disini pasti akan menjawab semua pertanyaan dan dilema hati kamu..

STOP SEARCHING, karena..semua-semuanya sudah di rangkum komplit disini...

Dan Percayalah...bahwa hanya TUHAN JESUS lah satu-satunya jalan kebenaran dan jalan yang lurus

Wednesday, November 7, 2007

Apa yang diajar oleh Al-Qur'an mengenai Al-Kitab

"Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Ya`qub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa, dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; KAMI TIDAK MEMBEZA-BEZAKAN ANTARA SESEORANG DARIPADA MEREKA." (S. Baqarah 2:136)

"Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya... Ia menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil... menjadi pertunjuk bagi umat manusia." (S. A-li-'Imraan 3:2-3)

"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya - ... dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu." (S. Nisaa' 4:136)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi pertunjuk dan cahaya yang menerangi... dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.... Dan Kamu utuskan Nabi 'Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka, untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi pertunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi....pertunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. DAN HENDAKLAH AHLI KITAB INJIL MENGHUKUM DENGAN APA YANG TELAH DITURUNKAN OLEH ALLAH, DI DALAMNYA; DAN SESIAPA YANG TIDAK MENGHUKUM DENGAN APA YANG TELAH DITURUNKAN OLEH ALLAH, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG FASIK... jalankan hukum.... apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka..."
(S. Maa'idah 5:22,46,47,49).

"Wahai Ahli Kitab!... tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada kamu dari TUHAN KAMU, Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu." (ibid. ayat 68).

"Al-Qur'an itu... membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya".
(S. Yunus 10:37)

"Oleh sebab itu, sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu. Sesungguhnya, telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu..." (ibid ayat 94)

"DAN JANGANLAH KAMU BERBAHAS DENGAN AHLI KITAB.... KATAKANLAH: "KAMI BERIMAN KEPADA YANG DITURUNKAN KEPADA KAMI AND KEPADA YANG DITURUNKAN KEPADA KAMU...."
(S. Ankabut 29:46)

"Dan inilah Kitab yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat, lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Mekah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya;... " (S. An'aam 6:92)

Apakah maksud semua ayat-ayat ini selain bahawa Muhammad menuntut membawa wahyu Allah ke Mekah dan orang Arab, mengesahkan dan menegakkan apa yang telah diturunkan sebelumnya?

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka; maka BERTANYALAH kamu KEPADA AHLU'DZ-DZIKRI*; jika kamu tidak mengetahui." (Surah 21:7)
(*orang yang mengetahui tentang Kitab-kitab Allah - Taurat dan Injil)

Kita boleh lihat dengan jelas bahawa Al-Qu'ran membuat tanggapan bahawa "Al-Kitab" itu diturunkan oleh Allah dan menerima ketulenan kandungan isinya dalam zaman Nabi Muhammad. Namun, Al-Qu'ran mengkritik usaha memutar-belit dan penafsiran salah "Al-Kitab":

"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?"
(S. A-Li' Imraan 3:71)

"Dan sesungguhnya, di antara mereka ada yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat , supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu." (S. ibid Ayat 78)
(Semua penekanan di dalam petikan-petikan adalah perbuatan saya)

Sekiranya adanya apa yang jelas kelihatan, ialah Al-Qur'an kuat menekan bahawa Kitab-kitab Taurat dan Injil telah diturunkan oleh Allah. Ini adalah apa yang dipercayai oleh orang Kristian. Al-Qur'an mengatakan mengenai hal ini:
"...tidak ada perubahan pada janji-janji Allah"
(S. Yunus 10:64)

"...sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah..." (S. An'aam 6:34)

Selain daripada itu, sejarah dan arkeologi menegah seseorang daripada menghujah bahawa Al-Kitab telah mengalami perubahan sejak penyenaraian rasmi buku-buku Al-Kitab dalam tahun 324 selepas Masihi. Sebenarnya, semua bahagian Perjanjian Baru dalam bentuknya sekarang telahpun luas teredar di antara gereja-gereja dari abad kedua selepas Masihi. Adalah melalui persetujuan umum pada Majlis paderi-paderi dari 318 buah gereja di mana kesemua itu telahpun diiktirafkan and diterima sebagai Apostolik dan diwahyukan. Apabila Muhammad merujuk kepada "Al-Kitab" atau "Taurat" atau "Injil", tanpa keraguan, dia merujuk kepada apa yang telah pun teredar di Arabia dalam hari dan zamannya. Sekiranya kata-kata boleh bermaksud apa-apa, maka Muhammad merujuk kepada "Al-Kitab" sebagai Wahyu. Kami mengambil ini sebagai hakikat kukuh berdasarkan kekuatan bukti di atas, kecuali sekiranya ia boleh dibuktikan salah.

Kenapakah orang Yahudi mahupun Kristian sebelum ataupun selepas masa zaman Muhammad berminat untuk mengubah Wahyu Tuhan? Adakah dia ingin masuk ke neraka?

"Aku, Yohanes, dengan sungguh-sungguh memperingatkan setiap orang yang mendengar kata-kata nubuat kitab ini: Jika seseorang menambahkan apa sahaja pada nubuat ini, Allah juga akan menambahkan hukumannya dengan malapetaka yang digambarkan di dalam kitab ini. Jika seseorang mengurangkan kata-kata nubuat di dalam kitab ini, Allah juga akan mengambil balik hak orang itu unutk makan buah pokok sumber kehidupan dan haknya untuk tinggal di kota suci itu, seperti yang digambarkan di dalam kitab ini." (Wahyu 22:18-19).

Ini adalah pada hakikatnya ayat-ayat terakhir Al-Kitab. Sebab munasabah yang hanya boleh membawa kepada perubahan-perubahan ialah bahawa Al-Qur'an berbeza dari "Al-Kitab". Akibatnya, terdapat dua kemungkinan: sama ada orang Kristian yang enggan menerima Al-Qur'an cuba mengubah semua persamaan antara Al-Kitab dan Al-Qur'an; ataupun orang Islam setelah melihat bahawa "Al-Kitab" mempunyai perbezaan yang ternyata dari Al-Qur'an, tangkas mendakwa bahawa Al-Kitab telahpun mengalami perubahan.

Anggapan yang pertama adalah bertentangan dengan semua bukti-bukti dan logik.
SOALAN:

Mengapakah orang Muslim tetap menuduh bahawa Al-Kitab telah mengalami perubahan? Bilakah Al-Kitab itu boleh didakwakan tercemar?

Mengapakah Al-Qur'an tidak menyatakan dengan jelas bahawa Al-Kitab itu telah tercemar?

Terdapat perbezaan-perbezaan di antara Al-Kitab dan Al-Qur'an

Al-Qur'an menyatakan bahawa kedua-dua Kitab Taurat dan Injil telah diturunkan. Tetapi secara kontras, ia juga mendakwa bahawa Isa tidak disalibkan:
"Dan juga da'waan mereka dengan mengatakan:

"Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih 'Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (dikayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka..." (Surah 4:157)

Hal Penyaliban itu menerima perhatian yang terbanyak dalam Kitab Injil dan nyata dinubuatkan(diramalkan) dalam Perjanjian Lama kira-kira 700-1000 tahun sebelum ia berlaku. Lihat "Orang Kristian menjawab Orang Islam", mukasurat 48 ff., 97 ff.
Dalam Surah 19:35, kita diberitahu bahawa
"tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak"
dan berdekatan penghujung Al-Qur'an (Surah 112:3) dikatakan:
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan",
yang juga sebahagian daripada Rak'at.
Sekali lagi, ini bertentangan dengan Al-Kitab. Ayat-ayat "tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak" (Surah 19:35 dan 92) mencadangkan ia perbuatan yang fizikal iaitu suatu yang kasar dan tidak bersopan pada orang Kristian mahupun orang Muslim.

Isa dilahirkan oleh seorang anak dara. Anak dara itu bertanya:
"Maryam bertanya: "Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelakipun, dan aku pula bukan perempuan jahat?" Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya - tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: 'Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami.'"
(Surah 19:20-21).

Ini, sepertimana dalam Al-Kitab, tidak menunjuk kepada suatu perbuatan beranak. Seluruh konsep "begotten son" itu adalah berdasarkan kepada suatu salah faham. Dalam bahasa Greek yang asal, kata "monogenes"lah yang digunakan, yang bermaksud "anak yang tunggal".
Bahawa Tuhan yang memulakan langkah kebapaan adalah jelas walaupun dalam Al-Qur'an.
Sebagaimana perbuatan beranak itu telah disalahfahamkan, begitu juga dengan "Triniti", yang menurut Al-Qur'an difahamkan sebagai terdiri daripada Isa (Yesus) dan Maryam di samping Tuhan, Tuhan sebagai ketiga dari mereka bertiga (Surah 5:116). Ini tidak dalam apa-apa cara pun selaras dengan teks-teks Al-Kitab juga. Orang Kristian percaya dalam apa yang diajar di dalam Al-Kitab Di dalam kedua-dua Perjanjian Lama (SM) dan Perjanjian Baru kami tahu mengenai SATU Tuhan sahaja. ("Christians Answer Muslims, ms. 92ff.).
Adalah satu tragedi bahawa kebanyakan orang Muslim fikir bahawa orang Kristian menyembah tiga tuhan. Perkara itu teramat palsu. Hanya di dalam satu kumpulan Kristian sahajalah Maryam dianggap suci sebagai "Ibu Tuhan", dan ini tidak terkandung dalam Al-Kitab.
Tambahan pula, terdapat banyak lagi perbezaaan di antara Al-Qur'an dan Al-Kitab yang lebih berunsur sejarah daripada doktrin.

Nuh, terlepas daripada ditenggelami air bah, tetapi anaknya mati tenggelam (Surah 11:42-46) mengikut kisah Al-Qur'an, tetapi dia (Nuh) terlepas bersama-sama isterinya, ketiga-tiga anak lelakinya dan isteri-isteri mereka (Kejadian 6:7,18) di dalam Al-Kitab.

Malaikat yang mengkhabarkan berita kelahiran Yohanes Pembaptis (Yahya) kepada ayahnya, mengatakan:

"Kami memberikan khabar dengan mengurniakan seorang anak lelaki, yang bernama Yahya: Kami tidak perhap menjadikan seorangpun yang senama itu sebelum dia"
(Surah 19:7 - ditransliterasikan dari penterjemahan Bahasa Inggeris George Sale).
atau

"Tidak ada nama yang Kami beri kepadanya waktu sebelum waktu ini" (menurut penterjemahan A.J. Arberry - ditransliterasikan ke dalam bahasa Melayu)
atau "nama itu Kami beri kepada tidak sesiapapun sebelum dia" (penterjemahan Palmer dan Rodwell - ditransliterasikan ke dalam bahasa Melayu).

Ini tidak tepat. Yohanan, bentuk bahasa Ibrani (bahasa Yahudi kuno) untuk Yohanes (Pemberian Jahveh) ialah nama yang digunakan secara umum yang disebutkan di dalam Perjanjian Lama. Oleh itu, Yusuf Ali di dalam terjemahannya mengtransliterasikan pernyataan ini sebagai "Kepada tidak ada sesiapapun dengan nama itu, telah Kami kurniakan perbezaan istimewa sebelum ini" Penjelasan beliau:

"...kerana kami membaca mengenai seorang Yohanan.... di dalam II Raja-raja 25:23."

Adakah seorang "penterjemah" dibenarkan mengubah teks seperti ini untuk membetulkan satu kesilapan?

Ibrahim ialah anak kepada Aazar di dalam Surah 6:74 dan anak kepada Terah di dalam Kejadian 11:27. Siapakah yang mahu menukarkan nama watak dari sejarah yang lebih awal mengikut sembarangan? Apakah matlamat yang boleh dicapai melalui perbuatan ini? Tidak ada satu pun. Hanya kesilapan sajalah yang bertanggungjawab.
Adakah Aazar melambangkan Eliezer? Dia disebutkan di dalam Kejadian 15:2 sebagai hamba Ibrahim.

Percanggahan yang lebih ketara berlaku di dalam cerita mengenai Musa. Kami diberitahu dengan benar bahawa 'Imran (Amram mengikut keterangan Al-Kitab) adalah bapa kepada Musa, Harun dan Maryam (secara implikasi di dalam Surah 19:28, 66:12, 20:25-30).
Tetapi, Maryam ini sebagai ibu kepada Isa (yang sebenarnya dilahirkan 1500 tahun kemudian!) adalah amat mustahil.

Penjelasan yang diberikan oleh Yusuf Ali bahawa dia dan sepupunya Elisabet telah dipanggil sebagai "Kakak-kakak Harun", kerana mereka berdua (di dalam kes Maryam, "telah diandaikan": komentar: 375) dari keluarga alim ulama, adalah kurang jelas. Ungkapan itu, dicadangkan, telah diperolehi dari Lukas 1:5 yang mana Elisabet, ibu kepada Yohanes Pembaptis (Yahya), dari keturunan keluarga alim ulama, telah digelar sebagai "dari anak-anak perempuan Harun" Apa yang Yusuf Ali tidak menerangkan ialah bapa kepada Harun dan Maryam, ibu kepada Isa, rupa-rupanya 'Imran menurut Al-Qur'an. Ini, tanpa sebarang ragu-ragu lagi, menunjukkan kesilapan manusia yang sukar dipandangkan sebagai kesilapan penyalinan. Kesalahan ini berdasarkan kurangnya pengetahuan tentang, atau informasi mengenai, Al-Kitab.

Bahawa Musa telah diambil sebagai anak angkat oleh isteri Fir'aun (Surah 28:9) dikontradiksikan oleh Keluaran 2:10, di mana dia telah diambil dijadikan anak angkat oleh anak perempuan Fir'aun (kalau tidak, dia mungkin juga akan diambil menjadi anak angkat oleh Fir'aun sendiri)

Isteri Musa - kami fahami dari konteks (di dalam Surah 28:22-28) , yang ini mestilah Zipora anak perempuan Yitro - telah diberi kepada Musa sebagai penggantian untuk upah 8 - 10 tahun pekerjaan. Al-Kitab tidak melaporkan untuk ini (Keluaran 2:16-22).
Akan tetapi, kami diingatkan dengan kuat Kejadian 29:18 di mana Yakub menggadaikan 7 tahun bekerja dengan Laban sebagai penggantian untuk tangan Rahel. Ini berlaku kira-kira 220 tahun belum datangnya masa Musa. Sekali lagi kami ingin bertanya apakah mungkin sebab-sebab seseorang lelaki perlu ada untuk menukar ayat-ayat Al-Kitab di dalam kisah-kisah bersejarah seperti ini? Ataupun mungkinkah Muhammad telah keliru dengan cerita-cerita yang didengarnya?

No comments: